Course : "Duit Together"

Course details.

ABOUT

Isu berkaitan kewangan boleh mengganggu keharmonian pasangan berkahwin tanpa mengira kedudukan mereka dalam masyarakat. Gaji yang besar tidak semestinya menjamin kehidupan yang bahagia dan selesa mahupun masa depan yang terjamin.

Kursus ini sesuai untuk semua bakal pengantin di Malaysia terutamanya mereka yang bercadang untuk berkahwin pada masa yang terdekat—memberi mereka panduan untuk merancang majlis perkahwinan dan hidup mereka sebagai suami isteri. 

Notis privasi: Segala informasi yang dikongsi oleh pengguna tidak akan direkod atau disimpan di mana-mana oleh AKPK, Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak yang lain.

Kursus ini sesuai untuk:

  • Pasangan yang sedang merancang untuk berkahwin
  • Pasangan yang baru berkahwin

Nota: Kursus ini merupakan kolaborasi dengan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

WHAT YOU WILL LEARN

  • Mengetahui bagaimana untuk mewujudkan matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang, memantau kemajuan serta melakukan perubahan jika perlu
  • Mewujudkan satu rangka tindakan kewangan dalam perkahwinan yang juga mengambil kira perubahan yang dijangka berlaku sepanjang tempoh perkahwinan tersebut
  • Membangunkan pelan simpanan dengan pasangan demi masa depan anda bersama.
  • Mengukuhkan ikatan perkahwinan dengan meluangkan masa bersama untuk belajar dan merancang pengurusan kewangan rumah tangga. 

Juga, berpeluang memenangi hadiah menarik dengan menyertai pertandingan membuat slogan di akhir modul (pertandingan berakhir 30 Jun 2020) 

Modules

image
Modul 0: Bermula
image
Modul 1: Bicara Wang
image
Modul 2: Wang Kepunyaan Siapa
image
Modul 3: Siapa Yang Patut Membuat Pinjaman
image
Modul 4: Hala Tuju Kami
image
Modul 5: Hari Penting Kami
image
Pertandingan Slogan